EXSAS EAGLES A TERKANDAS,

 

SKUAD PELAPIS TUNJUK PENINGKATAN

 

Skuad Helang yang membawa cabaran EXSAS ke Kejohanan Ragbi 10's Terbuka TMM Pahang 2007 berakhir semalam dengan keputusan yang sedikit ironi. EXSAS menghantar 2 pasukan iaitu pasukan senior yang diwakili oleh EXSAS EAGLES 'A' manakala EXSAS 'B' pula diwakili oleh pemain-pemain pelapis yang terdiri daripada bekas pelajar Semsas SPM tahun 2006.

Di peringkat kumpulan, EXSAS 'A' yang bermain didalam kumpulan D terpaksa berhempas pulas untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas hanya mencatatkan 4 mata di hari pertama hasil kemenangan kepada Ex-Sharks UMP, seri dengan MAS Cougars dan tewas dengan Ungku Husin Old Boys (UHOB).

Berlainan pula dengan skuad pelapis EXSAS 'B' yang bermain dalam kumpulan C kerana mereka tewas pada perlawanan pertama menentang Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Namun ianya tidak mematahkan semangat pemain muda pasukan untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan seterusnya. EXSAS 'B' bangkit menewaskan Kuantan Salvo 'B' 17-15 dan berjaya mendapat rentak sebenar pada perlawanan ketiga bertwmu MRRC. EXSAS 'B' menang 33-0.

Hari kedua merupakan hari penentuan kepada EXSAS 'A'. 3 pasukan berentap untuk mencuri 2 tempat teratas ke peringkat suku akhir. Seperti tiada pilihan, EXSAS 'A' perlu menang besar dengan Kuantan Armour dan berharap UHOB menewaskan MAS Cougars. EXSAS 'A' menang 17-0 namun terkandas selepas MAS Cougars menang 5-0 dengan UHOB. Maka berakhirlah misi EXSAS 'A".

EXSAS 'B' pula bergaya menjinakkan TUDM Scorpee pada hari kedua dan layak ke peringkat suku akhir menentang Kota Tinggi Loaders. Pada perlawanan suku akhir, EXSAS B tewas 0-10 dan seterusnya bermain di peringkat separuh akhir kategori Plate.

Hasil serangan dan pertahanan yang kemas, EXSAS B berjaya menewaskan Kuantan Salvo A, 14-7 dalam perlawanan yang agak seimbang di peringkat separuh akhir Plate. Perlawanan Akhir Plate sekali lagi mempertemukan EXSAS B dengan SSBP dan ternyata EXSAS B bukanlah tandingan mereka selepas mudah membenam Skuad Helang, 0-38.

Maka EXSAS B mengakhiri kejohanan tahun ini sebagai Naib Johan Kategori Plate dan menjadi 6 pasukan terbaik kejohanan yang disertai oleh 22 buah pasukan.

Perlawanan Akhir Cup menyaksikan JLJ juga mudah menjinakkan Kota Tinggi Loaders, 34-0. Tempat ketiga menjadi milik Ex-Lions dan keempat, MAS Cougars.

yien96

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 754008 | CoalaWeb
Go to top