Satang SMSS 10's ke 15, 2007

 

 

Percubaan kali pertama Exsas Eagles di dalam Kejohanan Satang SMSS 10's tidak sia-sia selepas berjaya menduduki rangking ke 7 daripada 15 buah pasukan kelab selepas perlawanan peringkat kumpulan berakhir. Eagles telah mara ke peringkat suku akhir cup, namun telah disekat oleh SMSS melalui 'try' selepas waktu permainan berakhir.

 

Berikutnya, Exsas Eagles berjaya menjinakkan SEMESTA pada peringkat separuh akhir plate namun terpaksa akur dengan kekebalan pasukan Alumni Taman Kosas pada perlawanan akhir plate.

 

Hadiah telah disampaikan oleh Encik Abdul Ghafar Mahmud dan beliau telah sudi meluangkan masa untuk bertemu para pemain Eagles sambil memberikan kata-kata semangat dan perangsang untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Beliau juga berharap agar sukan ragbi di Semsas akan terus maju seiring dengan kemunculan semula Kejohanan Semsas 7's.

 

Tahniah dan terima kasih kepada Safarin dan Khairuddin selaku pengurus Exsas Eagles dan juga semua pemain Exsas Eagles. Tidak lupa kepada Dato' Presiden dan warga Exsas yang sudi turun padang dan memberikan sokongan moral kepada pasukan Exsas Eagles. ( Laporan lengkap akan menyusul kemudian ).

 

 

KLIK UNTUK JADUAL PERLAWANAN

 

KLIK UNTUK SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 754049 | CoalaWeb
Go to top