EXSAS Eagles yang mewakili negeri Pahang mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Kebangsaan Liga Alumni 2010 selepas bergaya menjinakkan SDAR Lions dari Negeri Sembilan dengan keputusan 38-7 pada hari Ahad lepas di Padang Utara, Petaling Jaya.

Eagles bermula garang di babak pertama dengan mandahului 7-0 hasil try dan conversion oleh Salsabil. Faez menambah 5 lagi mata dengan melakukan try kedua dan conversion disempurnakan oleh Salsabil. Try ketiga dilakukan oleh Taufik@Wak dan Salsabil sekali lagi bertindak cemerlang menyempurnakan conversion untuk Eagles selesa mendahului 21-0.

 

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh forward Eagles akhirnya membuahkan hasil apabila Ahmad Suhail@Bapak melakukan try keempat. Azrul Nizam@Kerbau gagal menambah 2 lagi mata apabila sepakan conversionnya tersasar. Pemain sayap Eagles, Jamadillah@Jama terus menambah derita Lions apabila larian derasnya tidak tertahan oleh pertahanan lawan dan terus melakukan try di bawah tiang. Namun sepakan conversion Ikhwan@Chin tidak berjaya menambah 2 lagi mata.

 

Tamat separuh masa pertama, Eagles mendahului Lions, 31-0.

 

Separuh masa kedua, Eagles bermain agak tenang dan beberapa pertukaran pemain forward dilakukan. Terdesak dengan jurang mata yang jauh meninggalkan mereka, Lions terus menggandakan asakan ke kubu Eagles dan akhirnya mendapat 1 try dan 1 conversion menjadikan kedudukan 31-7. Di penghujung babak perlawanan, Kerbau menghadiahkan try dan conversion untuk melengkapkan keceriaan skuad Eagles.

 

Tamat perlawanan, Eagles 38 dan Lions 7.

 

Menanti Eagles di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2010 adalah juara bertahan, SMS Old Boys yang mudah mengenepikan cabaran wakil negeri Perak, STAROBA Orange, 47-0.

 

Tahniah diucapkan kepada pemain dan pengurusan Eagles serta penyokong-penyokong setia pasukan termasuk bekas jurulatih SEMSAS, En. Bakhtiar yang turut sama memberi sokongan dan dorongan.

 

Perlawanan seterusnya dijadualkan pada hari Ahad, 13 Jun 2010 menentang satu lagi pasukan dari Negeri Sembilan, STJOB Warriors dalam saingan Divisyen Satu Liga Alumni 2010.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 754008 | CoalaWeb
Go to top