Liga Alumni Divisyen 1 - Exsas Eagles (55) vs STJOB Warriors (7)

EXSAS Eagles berjaya memenangi perlawanan pertama dalam liga Divisyen 1 Kumpulan A, selepas menewaskan STJOB Warriors, 55-7 pada petang Ahad yang lepas di padang SBPI Gombak.

Eagles mendahului 31-0 dalam separuh masa pertama hasil 5 try dari Walie, Lat (2) , Ai dan Nuzzul serta 3 conversion dari Lat (2) dan Kerbau.

Warriors cuba bangkit seawal separuh mas kedua dan berjaya mendapat 1 try dan 1 conversion. Selepas try tersebut, Eagles terus melebarkan jurang mata dengan menambah 4 lagi try oleh Sabil, Pitik, Shah dan Ai. Sabil dan Kerbau menambah 4 lagi mata dengan menyempurnakan 2 sepakan conversion.

Wisel penamat dibunyikan oleh JJ dan sekaligus mengesahkan kemenangan besar Eagles dengan 55-7.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 754032 | CoalaWeb
Go to top