Notis Kerja-kerja Penambahbaikan Laman Web EXSAS

Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.

https://www.kosmo.com.my/2022/07/04/jamsari-aktif-didik-masyarakat-melabur-untuk-jangka-panjang/
Oleh KOSMO! - 4 Julai 2022, 8:49 am

Jamsari (dua dari kanan, duduk) bersama sebahagian daripada perunding yang aktif membantu membangunkan empayar perniagaannya sehingga berjaya ke peringkat sekarang.

RAWANG – Memiliki kumpulan agensi perundingan pelaburan dan persaraan dengan jumlah perunding seramai 140 orang serta nilai pengurusan aset mence­cah RM300 juta pada tahun ini berbanding RM5 juta pada awal penglibatan bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai dalam masa satu atau dua tahun.

Angka bernilai tinggi itu bukan datang bergolek di depan mata tanpa pengorbanan jerih perih sejak tahun pertama pengasas kumpulan agensi KPG Elite Billionaire Consultant, Jamsari Samad, 48, memulakan empayar perniagaannya pada 11 tahun lalu.

Hanya bermula sebagai niat mencuba bagi diri sendiri dan menambah dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau melabur dalam produk unit amanah untuk tempoh lima tahun dan usaha itu ternyata meningkatkan jumlah tabungannya hampir sekali ganda.

Menurut anak kelahiran Bera, Pahang itu, kaedah simpanan dan pelaburan yang sederhana dan patuh syariah dengan bermatlamatkan tabungan untuk jangka panjang memberi idea kepadanya untuk membantu lebih ramai lagi individu di luar untuk menabung demi memiliki pendapatan yang mencukupi selepas bersara nanti.

Jamsari yang sebelum ini be­kerja di sebuah syarikat swasta dalam bahagian sumber manusia dan menjadikan kerjaya sebagai perunding sebagai pendapatan separuh masa pada awalnya te­lah membolehkannya menyelesaikan pelbagai masalah kewang­an yang dihadapi.

“Selama enam bulan pertama menjadikan kerjaya sebagai perunding secara separuh masa, saya mampu mencatat pendapatan dua kali ganda daripada gaji tetap.

“Berkat pengalaman tersebut, keyakinan semakin menebal dan saya tekad untuk berhenti kerja dan meneruskan langkah untuk lebih serius dalam bidang perundingan pelaburan ini.

“Tahun 2012 perniagaan saya yang bermula dari rumah mencari pelanggan baharu di seluruh negara sehingga terpaksa mening­galkan keluarga berhari-hari di luar kawasan.

“Ia adalah untuk mencapai sasaran jualan bagi memperoleh pendapatan lumayan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Beruntung baru-baru ini.

Tidak berseorangan dalam pengoperasian perniagaannya, bapa kepada seorang anak ini dibantu dengan lima lagi perun­ding di bawah bimbingannya yang sama-sama memiliki niat untuk mengubah taraf kehidupan semasa sekali gus membantu individu termasuk ahli KWSP menambah dana simpanan persaraan dalam tempoh jangka panjang dengan nilai kadar yang menggalakkan.

Tambah beliau, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. Daripada bekas jurutera, pemain bola sepak, pengurus di syarikat korporat hinggalah kumpulan suri rumah berminat untuk menjadi perunding yang berjaya.

Kumpulan agensi yang memiliki lebih daripada 4,000 pe­langgan dari seluruh negara dan juga pelbagai bangsa itu mengunjurkan jumlah perun­dingnya bertambah kepada 400 orang pada tahun ini.

Jelas Jamsari, dengan hanya bermodalkan RM180 untuk memperoleh lesen perun­ding dan lulus peperiksaan daripada pihak berkuasa berkenaan, mereka yang berminat mampu memperoleh pendapatan yang mengga­lakkan setiap bulan.

Melalui usaha gigih mereka selama ini, syarikat akan memberikan ganjaran setiap tahun berupa pakej lawatan ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Itali, Jepun dan Sepanyol buat mereka yang berjaya memperoleh sasaran jualan melebihi RM1.5 juta.

Jamsari yang dibantu isteri­nya, Shamsuria Daud, 47, seorang bekas guru yang mana kini menjadi rakan kongsi perniagaan, banyak memberi nasihat dan sokongan agar operasi syarikat berjalan lancar.

Mengulas lanjut, usahawan ini menerangkan, pelanggan syarikatnya ditawarkan memi­lih pelaburan dengan sejumlah amaun terkumpul dalam bentuk tunai atau menge­luarkan wang daripada akaun satu untuk di­laburkan dalam unit amanah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP. “Terdapat 20 pilihan produk unit amanah berlandaskan syariah dengan menawarkan pula­ngan dan agihan pendapatan yang berpadanan bergantung kepada selera risiko para pelabur.

“Pulangan jangka panjang boleh dilihat dalam tempoh lima tahun tetapi lebih berhasil jika ia dilanjutkan sehingga 10 hingga 30 tahun. Disebabkan faktor itu, kami sangat menggalakkan golongan muda mengambil peluang ini untuk mendapatkan nilai simpanan yang berganda hingga mereka mencecah umur untuk bersara nanti.

“Selain itu, mereka yang telah mendapat manfaat daripada pengeluaran khas KWSP dalam tempoh pandemik sebelum ini dinasihatkan agar terus aktif menambah balik simpanan dan pelaburan bagi menampung semula jumlah pengeluaran yang dibuat,” nasihat beliau.

Selain itu, syarikat juga menawarkan pelan simpanan bulanan serendah RM100 yang dibuat melalui pindahan tetap daripada akaun bank untuk disimpan dalam produk unit amanah di bawah kendalian syarikat.

“Sehingga kini, lebih daripada 500 pelanggan telah menabung dengan lebih berdisiplin dan meraih agihan pendapatan yang lebih daripada simpanan biasa,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 322 | Total 1762693 | Powered by CoalaWeb
Go to top