Notis Kerja-kerja Penambahbaikan Laman Web EXSAS

Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.

LInk asal - https://malaysiagazette.com/2022/08/06/maha-gogopasar-dinobat-bintang-e-dagang-agro/?fbclid=IwAR2j5kfdO6yxMrvDGaQfNVBPWQPtqpfOUnln95THcTifWnrB41mh0YpljiQ

By Wartawan MalaysiaGazette - 6 August 2022

KUALA LUMPUR – Gogopasar, platform e-dagang mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih Bintang e-Dagang Agro majlis Anugerah Agro Award kepada pemain industri sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Alias berkata, kejayaan syarikat pemula niaga di bawah Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV) itu cukup bermakna sekaligus membuktikan kehadiran mereka kini memberi impak besar kepada industri rantaian makanan.

Beliau berharap agar pengiktirafan itu menyuntik semangat kepada kakitangan Gogopasar untuk terus bersama menyumbang kepada pengukuhan sistem rantaian bekalan makanan negara.

“Kami tidak menyangka dipilih Bintang e-Dagang Agro kerana perlu bersaing bersama nama-nama besar pemain industri yang beroperasi sejak sekian lama.

“Namun kehadiran Gogopasar kini mula mendapat pengiktirafan walaupun baru tahun kedua operasi di mana kami banyak memberi fokus kepada penjenamaan syarikat kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Gogopasar menerima anugerah tersebut daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 selain trofi, cek cura dan sijil.

Lynn menambah, menjadi harapan Gogopasar untuk membantu kerajaan, supaya usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran sektor agromakanan secara efisien dan berkualiti, dapat direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara semua pihak berkepentingan dan jabatan dan agensi lain serta  koperasi.

Tambahnya, Gogopasar kini menganjurkan kempen tanggungjawab sosial (CSR) seperti Jabatan Agama Islam negeri-ne­geri untuk menyumbang barang keperluan termasuk makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan antaranya projek Jejak Asnaf,

Sementara itu, Anugerah Agro Award menobatkan Peladang Lelaki Terbaik kepada Muhamad Khalis Abd Karim dari Perak; Penternak Waja, Kamarulzaman Ali dari Kedah; Agropreneur Muda Terbaik, Mohd Anas Mohd Asmawi dari Perak; Nelayan Terbaik, Zakaria Daud dari Pahang; dan Persatuan Nelayan Terbaik, Persatuan Nelayan Kawasan Besut, Terengganu.

Selain itu, Unit Peladang Terbaik dimenangi Unit Gong 1, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Berang, Terengganu; Pertubuhan Peladang Terbaik, PPK Merbok Kedah; Peneraju Inovasi Agromakanan, Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd dari Pulau Pinang; Kumpulan Tani Komersil Terbaik, Koperasi Sawat Gemilang Kampung Padang Balai Berhad dari Kedah; Bintang e-Dagang Agro, FGV Agro Fresh Technology (Gogopasar) dari Selangor dan Peneraju Industri Padi, PLS Marketing (M) Sdn Bhd dari Selangor.

Enam lagi anugerah disampaikan di Majlis Perasmian MAHA hari inioleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, termasuk satu pemenang akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Sektor Agromakanan, berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

Hadiah bagi kategori individu memperoleh wang tunai RM20,000, kategori unit atau berkumpulan (RM25,000) dan kategori organisasi atau swasta (RM30,000), selain trofi, cek cura dan sijil. – MalaysiaGazette

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 131 | Total 1764944 | Powered by CoalaWeb
Go to top