Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.
Foto : Mohd Fuad & Saruji
Alhamdulillah, Program Majlis Berbuka Puasa EXSAS 2015 bersama kariah Masjid Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur serta keluarga Ayahanda Dato' Abd Rahim Abd Hamid telah berlangsung pada 4 Julai 2015 (Sabtu) yang baru lalu. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program telah dimulakan dengan tahlil pada jam 6.30 petang dan diikuti dengan berbuka puasa, solat Maghrib dan juga Isyak. Selesai solat sunat Tarawih, program bersambung dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulramli yang juga Exsas 83. Program diakhiri dengan moreh bersama para jemaah yang masih ramai.
Terima kasih kepada semua yang hadir (ramai yang tiada dalam gambar diatas) dan tahniah serta terima kasih kepada semua penyumbang / penderma yang menjadikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jumpa lagi ditahun hadapan.
Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas
Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya
No Akaun : 5623 5750 2760