Sukacita dimaklumkan bahawa EXSAS dan SEMSAS dengan kerjasama PIBG SEMSAS akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta Program Sumbangan Aidil Fitri bersama pelajar terpilih SEMSAS dan Program EXSAS Prihatin pada 7 Jun 2018 bertempat di SEMSAS.

Program ini akan melibatkan hampir 120 orang pelajar terpilih SEMSAS yang akan menerima sumbangan duit raya dan kuih raya daripada EXSAS serta sumbangan kepada warga EXSAS yang terpilih.

Untuk Program EXSAS Prihatin, warga EXSAS diminta untuk mencadangkan nama-nama  penerima yang terdiri daripada warga EXSAS, kepada komiti melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp 019 2991600.

Atur Cara Program adalah sebagaimana berikut :

4.30 pm - Solat Asar di Surau Ar Rashidin, Semsas
5.00 pm - Ceramah Motivasi oleh EXSAS
7.17 pm - Berbuka puasa, Solat Maghrib & Makan Malam - Dewan Makan Semsas
8.32 pm - Solat Isyak dan Tarawikh
9.30 pm - Moreh dan Majlis penyampaian sumbangan dan bersurai

Warga EXSAS yang berkesempatan dijemput untuk hadir ke majlis tersebut dan sila sahkan kehadiran anda melalui whatsapp ke 019 2991600. Sila nyatakan nama dan jumlah pax yang hadir.

Sebarang sumbangan dan penyertaan sangat dialu-alukan. Sila bank in sumbangan anda ke Akaun : Persatuan Bekas Pelajar Semsas (Affin Bank) - 1050 4003 1824 dan whatsapp slip bank ke 012 - 632 4234 (Fawaz) atau email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 755195 | CoalaWeb
Go to top