Info : Jasa Elang (EERC FB)

27 April 2019 , UNITEN Bangi : Kejohanan yang julung kali diadakan antara 4 pasukan ragbi veteren (atas 35 tahun) Alumni Pahang iaitu, SMART, EXSAS, ASTA dan KRAS diungguli oleh EXSAS.

Berikut antara cerita di pusingan awal.

Perlawanan pertama menentang ASTA. ASTA terlebih dahulu mendahului 3-0 hasil sepakan penalti disempurnakan oleh Ron. Disusuli dengan satu try menjadikan EXSAS ketinggaln 0-8. Separuh masa kedua barulah EXSAS berjaya mendapatkan try dan conversion untuk merapatkan jurang mata 7-8. Namun usaha untuk mendahului tertangguh apabila masa telah tamat dengan mata EXSAS 7, ASTA 8.

Perlawanan kedua menentang SMART. Permainan lebih tersusun dengan permainan kemas barisan forward mengawal penguasaan bola sebelum larian pantas barisan backs untuk melakukan try. EXSAS menang 31 mata (5 try, 3 conversion) berbalas 5 (1 try).

ASTA terlebih dahulu menjuarai pusingan awal hasil tambahan 2 lagi kemenangan bertemu KRAS (8-5) dan SMART (17-7).

Perlawanan ketiga menentang KRAS akan menentukan pasukan yang menang akan mengiringi ASTA ke pentas final Cup. KRAS menang tipis dengan SMART 5-0 sebelum memberi saingan kepada ASTA walaupun tewas tipis 5-8. KRAS dan EXSAS masing-masing menang sekali dan kalah sekali.

KRAS terlebih dahulu mendahului 7-0 hasil try dan conversion sebelum EXSAS bangkit menggunakan keseluruhan kelebihan kepantasan di bahagian backs dengan melakukan 5 try dan 4 conversion. KRAS cuba bangkit dengan menambah 1 try. Keputusan akhir EXSAS 33, KRAS 12.

Final plate dimenangi oleh KRAS yang melakukan 4 try, 3 conversion menewaskan SMART yang hanya 1 try 1 conversion. Keputusan KRAS 26, SMART 7.

Final Cup sekali lagi menemukan ASTA dan EXSAS. Andai ASTA menang, gelaran Grand Slam dimiliki oleh mereka hasil kemenangan 4 perlawanan berturut di samping menjuari kejohanan. Perkara itu harus disekat oleh EXSAS yang berkeinginan menebus kekecewaan tewas kepada ASTA di pusingan awal.

Kali ini EXSAS serba menjadi. Pertahanan yang mantap menggagalkan setiap kali serangan ASTA. Kegoyahan di bahagian backs ASTA dipergunakan sepenuhnya untuk EXSAS mendahului 7-0 hasil try dan conversion.

Separuh masa kedua EXSAS sekali lagi menggunakan kepantasan larian backs memecah kawalan pertahanan ASTA. TRy kedua diperolehi beserta conversion untuk mendahului 14-0. EXSAS menambah 7 mata lagi menjadikn 21-0. Di penghujung perlawanan ASTA seakan-akan berjaya mendapatkan try saguhati namun digagalkan oleh pintasan winger EXSAS. Tamat perlawanan EXSAS unggul menjuarai Piala Saridan dengan skor 21-0.

Piala disampaikan oleh Naib Presiden EXSAS, Encik Fawaz.

Keputusan penuh Kejohanan

P1 - ASTA 8 - 7 EXSAS
P2 - KRAS 5 - 0 SMART
P3 - ASTA 8 - 5 KRAS
P4 - EXSAS 31 - 5 SMART
P5 - SMART 7 - 17 ASTA
P6 - EXSAS 33 - 12 KRAS
Final Plate - KRAS 26 - 7 SMART
Final Cup - ASTA 0 - 21 EXSAS

Senarai pemain EXSAS
Front Row
Stood 96
Haizal 94
Bakhtiar 01
Anep 00
Azam Karnadi 99
Yien 96
Hahzam 96
Yusri Kong 93

Second Row
Sahro 00
Sutiman 93
Faizul 93
Kacang 97
Chap 99

Back Row
Ajeeb 93
Udang 94
Kudin 96
Kaduk 94
Botak 94
Sukiman 93

Halves
Metal 92
Sopeh 95
Motai 92
Olan 98

Centres
Arab 95
Jul 94
Adesh 97
Lan Karak 93

Back 3's
Ijat 97
Awie 95
Adam 99
Daeing 98
Jama 01

Kredit kepada Naib Presiden EXSAS, Bro Mohammed Fawaz dan SU EXSAS, Bro Qisan Azhar Aziz yang sudi datang bersama team.
Kak Norliana Basri yang setia mengambil gambar dan video perlawanan serta adik Sheikh Harith Faisal(anak Arab 95) yang excited menghantar kicking tee setiap kali selepas EXSAS melakukan try untuk kicker mengambil sepakan conversion. Juga kepada Bro Hahzam yang belanja nasi kerabu bungkus. Tidak dilupa kepada Pak Ngah Kacang Wulung Nara Jati dari Terapi Aurora, yang jadi pyshio team membetulkan alignment player. Jasa mu dikenang, HIDUP BERJASA.
Para ahli EXSAS yang turun memberi sokongan antaranya yang perasan Bro Cikang Azmi A. Rahman, Bro Anad Anad Wirdana, Bro Zainiza Apai Apaie Zainiza , Bro Ricek Hafez Bin Muhamad Latipi, Shahrom Shahrom Irwani, Zamri Daud, Widya Kartini, Juliana Mohd, Yul Nurulhalilah dan yang lain2. TQVM dari kelab.

Welldone EXSAS OLDIES.

JE

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 1000586 | CoalaWeb
Go to top