Oleh: Nurul Fatihah Sulaini
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERMAISURI: Setiu dijangka memperoleh kompleks mahkamah majistret yang baharu bagi mengantikan bangunan sedia ada yang disewa sejak 32 tahun yang lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tapak cadangan kompleks mahkamah bernilai RM15juta itu sudah dikenal pasti. 

"Ia kini dalam proses kelulusan tanah di peringkat pejabat tanah dan negeri.

"Jika segalanya berjalan lancar kemungkinan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh dua hingga empat tahun.

"Dalam tempoh jangka masa pendek Mahkamah Majistret Setiu sedia ada akan dipindahkan ke bangunan sementara yang lebih selesa," katanya selepas lawatan kerja ke Mahkamah Majistret Setiu, di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, secara keseluruhan sebanyak 82 bangunan mahkamah di seluruh negara sedang dibaik pulih sejak awal tahun ini.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/702909/setiu-bakal-dapat-kompleks-mahkamah 

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 810 | Total 1328338 | Powered by CoalaWeb
Go to top