RABU 27 Jan 2021 : Alhamdulillah, sebanyak RM20,750.00 wang sumbangan warga EXSAS telah diagihkan kepada 39 orang sahabat dan keluarga EXSAS yang terkesan akibat banjir dan seorang warga EXSAS yang kehilangan rumah akibat kebakaran baru-baru ini. Sumbangan tersebut telah diserahkan semasa trip kedua Konvoi Misi Bantuan Banir EXSAS ke Raub, Temerloh, Mentakab, Lanchang, Bera, Maran dan Chenor pada 20 Januari yang baru lalu dan juga Online Transfer pada hari ini termasuk mereka yang berada di Kuantan dan juga Pekan.

Dalam masa yang sama, EXSAS melalui Biro Kebajikan telah menyerahkan wang sumbangan EXSAS kepada waris Arwah Darasid (82), waris Arwah Dr Ali Noor (91) dan juga waris arwah Ahmad Amli (97) yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Sekalung perhargaan kepada seluruh warga EXSAS yang telah sama-sama membantu dari segi wang ringgit, barang dan juga masa didalam misi ini. 'Hidup Berjasa' amat dekat dihati kita semua. Anda semua memang hebat. 

Sumbangan banjir masih diteruskan, sila hubungi saya jika ada sahabat-sahabt EXSAS yang masih belum dibantu. Terima Kasih.

Qisan 88 (0192991600)
Setiausaha EXSAS.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 365 | Total 1376234 | Powered by CoalaWeb
Go to top