29 Januari 2021 : Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Perdana EXSAS Siri 1 semalam mendapat sambutan yang amat baik dari warga EXSAS. Ramai yang tidak pernah bertemu sebaik sahaja meninggalkan SEMSAS. Ramai yang baru bersua muka walaupun dialam maya, cukup menggambarkan betapa ukhuwah kita bertaut amat rapat.

Seramai 78 orang sempat berada didalam group semalam dan mungkin ramai lagi yg 'bersama' walaupun diluar gmeet. Tahniah dan terima kasih terutama kepada Tuan YA Hj Jamaludin Mat (88) yang memimpin majlis kita semalam, Dato' Presiden EXSAS, barisan AJK EXSAS serta seluruh warga EXSAS yang bersama didalam majlis yang buat julung kali diadakan semalam.

InsyaAllah, Siri 2 akan diadakan pada 25 Feb. 2021 bersama Ustaz Zulramli (83). Semoga kita semua dirahmati dan dipelihara Allah.

 

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 381 | Total 1376250 | Powered by CoalaWeb
Go to top