Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan SPM bertulis di SEMSAS untuk subjek Sejarah, Matematik dan Fizik yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 14 Mac 2022 (minggu hadapan) terpaksa ditangguhkan selaras dengan arahan penutupan premis oleh PKD keatas semua blok asrama dan arahan kuarantin semua pelajar bermula 8hb hingga 14hb Mac 2022.

Pematuhan SOP dan pemantauan akan dilaksanakan oleh semua warden dengan kerjasama pegawai PKD KUANTAN.

Sama-samalah kita berdoa agar adik-adik/anak-anak SEMSAS serta guru yang terlibat segera sembuh serta dilindungi Yang Maha Esa. Tabung Kebajikan EXSAS akan cuba membantu mengikut keperluan semasa. Terima Kasih.

Presiden EXSAS