LAPORAN MAJLIS MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SEMSAS KE 33
Oleh: Althahir Abdul Rashid
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


KUANTAN 8 Mei – Dimulakan dengan perarakan masuk comar SEMSAS. Selepas bacaan doa, satu persembahan multimedia ringkas program kecemerlangan akademik telah diadakan dan diikuti oleh persembahan Orkestra SEMSAS dan diresmikan oleh YH Dato' Hj Abdul Rahim Hamid.

Seterusnya Tuan Pengetua SEMSAS, Tuan Hj Mokhtar telah menyampaikan ucapan beliau. Kandungan utama ucapan - pencapaian keseluruhan SEMSAS membuktikan bahawa ianya adalah SBP terunggul di Pahang walaupun dari masa ke masa terdapat SBP lain yang mengatasi kita dalam kedudukan peperiksaan PMR / SPM. Paling menggembirakan Tuan Pengetua telah mengumumkan - pada 20 April lepas, SEMSAS telah menerima surat daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - SEMSAS kini tersenarai sebagai sebuah SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan yang akan membawa beberapa perubahan besar di sekolah.


Sementara itu, YH Dato' Hj Abdul Rahim dan isteri sangat gembira di atas jemputan yang diterima. Ucapan beliau banyak menyingkap sejarah sekolah dan beliau turut berpesan betapa pentingnya disiplin dan integriti dalam pembentukkan generasi akan datang. Beliau banyak bercerita kepada hadirin tentang pencapaian ahli-ahli EXSAS dan moto sekolah iaitu HIDUP BERJASA.

Saya telah hadir mewakili EXSAS dengan ditemani oleh Dr Hj Abd Rahman ('88) yang sedang balik bercuti dari Australia. Beberapa ahli EXSAS turut hadir iaitu sdr Abdul Rahman Anbari & isteri ('78) dan Faridzah Jaafar ('77). Ramai pelajar lepasan SPM 2008 yang mengambil peluang selepas selesai majlis untuk berinteraksi dengan Dr Rahman, bertanyakan pengalaman beliau melanjutkan pelajaran ke luar negeri sehingga berjaya menjadi seorang pegawai perubatan.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 1025672 | CoalaWeb
Go to top