LAPORAN PROGRAM IFTAR EXSAS-SEMSAS 5 SEPT 2009
Oleh : Suhaimi Mat Hussain
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Presiden EXSAS yang antara lain menghargai kesudian pihak sekolah untuk menganjurkan program ini bersama-sama EXSAS. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan ahli EXSAS ke majlis ini.


Majlis kemudiannya mempersilakan Dato' Abdul Ghafar Mahmud untuk menyampaikan sepatah dua kata. Antara fakta menarik yang disampaikan ialah SEMSAS merupakan satu-satunya sekolah yang menjadi tempat beliau menaburkan jasa sebagai guru (70an-80an) dan Pengetua (90an). Selebihnya adalah di PPD dan di Kementerian. Malahan bertemu jodoh juga adalah di SEMSAS.

Seterusnya, upacara penyampaian sumbangan EXSAS dalam bentuk duit raya kepada para pelajar terpilih yang disempurnakan oleh Presiden EXSAS dan Dato' Abdul Ghafar dengan diiringi oleh Pengetua SEMSAS sebelum hadirin menikmati juadah yang disediakan apabila masuknya waktu berbuka puasa.

Acara kemuncak ialah upacara penyampaian sumbangan sebanyak RM20,000 oleh Dr Mazlan (85) kepada pihak sekolah. Sumbangan ini bertujuan untuk membeli perkakasan komputer untuk kegunaan pihak sekolah. Dr Mazlan yang secara spontan diberi peluang untuk berucap mengingatkan para pelajar supaya saling menghormati antara sesama mereka. Selain itu juga rasa hormat dan kepatuhan pada guru-guru harus diutamakan kerana segala apa yang disuruh adalah untuk kebaikan para pelajar.


Majlis diteruskan di Surau SEMSAS untuk solat Maghrib berjemaah, tazkirah ringkas, solat Isyak seterusnya Terawih berjemaah. Ruang kesempatan yang ada sewaktu Moreh digunakan untuk menyampaikan duit raya sumbangan PIBG oleh Tuan Hj Azman selaku Pengerusi PIBG kepada pelajar terpilih dan menyampaikan hadiah Jogathon SEMSAS kepada pelajar dan guru yang mendapat kutipan tertinggi.


Tidak ketinggalan, pelajar yang mendapat 10 1A dalam SPM 2008 (Afifi @ Tiger) telah diberi peluang untuk memberikan kata-kata dorongan kepada para pelajar SEMSAS.

Tetamu Kehormat: Dato' Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Nazir, Kementerian Pelajaran.


Kehadiran:
1. Presiden EXSAS
2. Naib Presiden II
3. Dato' Muhd Imran
4. Dr Mazlan, 85
5. Tuan Haji Azman Taher, 78
6. Faridzah Jaafar, 77
7. Dr Roslan, 77
8. Nordin Yunus, 81.
9. Badrul Zaman Mohd Yasir, 81
10. Nizam Mahayuddin, 84
11. Ahmad Hanif , 83
12. Mohamad bin Junoh, 83
13. PSU
14. Sharifah Rafeeah, 04
15. Nurul Haizun, 04
16. Saedah, 04
17. Zuhdi, 08
18. Afifi @ Tiger, 08

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 921101 | CoalaWeb
Go to top