KUANTAN 13 Mei - Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS) di sini, Nur Jannah Ariffin muncul johan Pertandingan Fotografi 1Malaysia sempena Festival Hari Guru 2010 di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Nur Jannah membawa pulang wang tunai RM100, hamper dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Mohamad Hafiz Hafifi Hassan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Afzan Jerantut muncul naib juara manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelajar Sekolah Menengah Jengka Pusat, Maran, Muhammad Amirul Akmal Hasnan.

Mohamad Hafiz dan Muhammad Amirul masing-masing menerima hadiah wang tunai RM70 dan RM50, hamper dan sijil tajaan Kumpulan Utusan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Seramai 10 peserta dari seluruh negeri ini menyertai pertandingan itu yang julung-julung kali diadakan bersempena Festival Hari Guru 2010 yang berlangsung bermula hari ini hingga Ahad.

Menurut Pengerusi Pertandingan, Abdul Mujib Awang Mohamad, pertandingan itu dimulakan dua bulan lalu di mana setiap daerah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil.

Beliau berkata, setiap peserta diadili berdasarkan ketepatan tema yang membawa 20 markah, kualiti gambar (30), kreativiti (20), bentuk penyampaian (20) dan grafik, 10 markah.

Katanya, ketepatan tema antara lain menekankan unsur-unsur perpaduan antara kaum di negara ini.

"Objektif pertandingan adalah untuk membentuk kemahiran bidang fotografi di kalangan pelajar, selain mengukur keupayaan mereka dalam membentangkan hasil fotografi yang bertemakan 1Malaysia," katanya.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 921095 | CoalaWeb
Go to top