Rules & Regulations - Ping Pong

 

Tarikh : 18 November 2017
Tempat : KSL Sports, Setapak Futsal Center

SYARAT-SYARAT KEJOHANAN:

  1. Satu pasukan hanya dibenarkan mendaftar 2 pemain sahaja.
  2. Format permainan ialah satu Bergu sahaja.
  3. Kejohanan ini hanya untuk AHLI EXSAS YANG BERDAFTAR SAHAJA.
  4. Yuran penyertaan ialah RM 70.00 untuk setiap Bergu

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN PING PONG

1. SATU PERMAINAN (A GAME)

  • Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 11 mata.
  • Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
  • Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata; atau
  • Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).
  • Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua.

2. SATU PERLAWANAN (A MATCH)

  • Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan.
  • Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.

3. PERMULAAN SATU PERMAINAN (START A GAME)

  • Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis.
  • Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
    a) hak memilih untuk memulakan servis; atau
    b) membenarkan pihak lawannya memulakan servis; atau
    c) melakukan pemilihan tempat.
  • Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan samaada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu.
  • Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

4. SERVIS ASAS SUKAN PING PONG

  • Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.
  • Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak keatas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang hujung meja.
  • Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi kebahagian atas meja lawan.
  • Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.
  • Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan servis akan hilang satu mata.

5. SATU MATA

  • Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu
  • Jika gagal melakukan servis yang baik.
  • Jika gagal melakukan hantaran balik yang baik.
  • Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
  • Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.
  • Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.
  • Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan.
  • Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.

6. LET

  • Rally itudikatakan “Let” jika:
  • Apabila bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya.
  • Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara bergu.

7. WAKTU REHAT

  • Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit.
  • Semasa berehat, pemain perlu meletakkan raket di atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.

8. TIME OUT

  • Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan dijalankan.
  • Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satut anda ‘T’ dengan tangannya.
  • Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.

9. PENGGUNAAN TUALA

  • Pemain hanya dibenarkan menggunakan tuala mengelap peluh setelah 6 mata dalam sesuatu permainan.
  • Pemain juga dibenarkan menggunakan tuala semasa pertukaran tempat.

10. WAKTU MEMANASKAN BADAN

  • Pemain dibenarkan melakukan latihan di atas meja pertandingan sebelum pertandingan dimulakan. Waktu memanaskan badan cuma DUA minit.